Blogger Backgrounds

Harini buat laksam terengganu

Sunday, September 4, 2016

Salam..

 Salam hujung minggu..x g memana la..en.suami keje shift ptg arini..so melangok kat umah..
Sebelum g kije en.suami request nk mkn laksam plak..ok beli tepung beras,santan,ikan,sayur2 dan bertukang di dapo.

Alhamdulillah kul 12 siap.. Jemput mkn yer..hihi.. First time kot buat laksam ni..kt kg duk tgk mak je buat...nyummmmm..
 


 Norli | ID 910523
FB : Norliza Abdwahab / Shake Sihat Shake Hebat
SMS / Call  / WhatsApp: 014-5453747
Email : norli262@yahoo.com

Brownies pertama ibu wafa

Saturday, September 3, 2016

Salam..
Semalam rajin membroniskan diri.. Dah lama nk buat,tp xyakin..alhamdulillah sahabat lama bg resepi yg dia buat tuk bisnes brownies,siap bg yg dia adjust tuk kesedapan brownies dia tu...suwitla ckin..hehe..

Ok..resepi dah ada...dengan yakinnya ibu wafa bertukang kt dapo..alhamdulillah..jd bentuk brownies..tp sy xpenah rasa brownies camne..hahaha..

Rasanya betul kot rasa brownies ni camni..sbb mkn seketul x ckup..kne mkn berketul1...hahaha....sekian..







Norli | ID 910523
FB : Norliza Abdwahab / Shake Sihat Shake Hebat
SMS / Call  / WhatsApp: 014-5453747
Email : norli262@yahoo.com

Setahun berlalu,kesian blog saya

Monday, August 15, 2016

Assalamualaikum..
Setahun berlalu..sawang penuh..ayuh bgotong royong bersih sawang..
Alhamdulillah..
Selamat malam..

Norli | ID 910523
FB : Norliza Abdwahab / Shake Sihat Shake Hebat
SMS / Call  / WhatsApp: 014-5453747
Email : norli262@yahoo.com

[gembirakan ibu hamil]

Tuesday, August 4, 2015

Salam..

Berborak dgn ibu hamil 7bulan..sgt suka dgn ostematrix..sy pon suka hati jgk..alhamdulillah..

*x sakit gg sbb keperluan kalsium cukup..alhamdulillah

*membuang pon ok,pndek kata xde sembelit,alhamdulillah..

#Noli0145453747

[kerabu sotong]

Tuesday, June 16, 2015

Salam..

Ni tekak en.suami yg mengidam..hihi..beli sotong kat pasar malam dpt sepinggan..pastu tergaru2 kepala nak masak ape...

"En.suami dgn wajah bersinarnya,haaaa..kerabu sotong,sedapnyeee..meleleh air liurrrr"..hahaha...

Ok..cari bahan2 yg dirasakan logik untuk kerabu sotong ni sbb noli xpenah buat rasanya..hahaa..kalo penah buat pon xigt dh resepinye..hahaha..

Noli cari:
-Kcg pjg
-bunga kantan
-sotong

Yg lain dh ade kat umah:
-serai
-bwg merah
-tomato

Yg dicari tapi xjumpa:
-limau nipis..huhu..ganti cuka

Cara-cara:
-hiris sotong,rebus skejap smpai masak
-potong semua bahan,hiris ke dadu ke,
-masukkan dlm mangkuk besar,gaul sebati semuanya..masukkan cuka,garam,gula..pepandai la rasa nk masam ke masin ke...adjust sendiri..hehe..
-tapi cuka xberapa kick la...petang tu en.suami belikan nipau nipis,campurkan airnya 2biji..masyaAllah makin sedap kata en.suami hehe..

En.suami makan banyak smpai buncit..haha..sekian..

[belum raya,dah buat biskut raya]

Thursday, June 4, 2015

Salam..

Alhamdulillah..siap biskut raya arini,hehe..rajin buat biskut raya sebab anak sedara mengiau carik sarang semut ni..hehe..

Esok insyaAllah nk bawak ke Balakong tuk anak sedara sulung noli tu..dan kebetulan kakak noli sdg menunggu hari nak bersalin,moga bby keluar esok,dpt tgk baby skali..hehe..

Paling best mak ngn adik dari kg pon turun Balakong..hurreyy..hehe..

Sarang semut..yessss..mudah saje..noli tepek resepi ye..

Bahan2 :
2 1/2 cwn gandum*
2 sudu besar tepung kastad*
250g/1 ketul butter
1/2 cwn gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecik esen vanila

Bahan2 lain :
Papercup
Rainbow rice

Cara2 :
1) Ayak bahan bertanda *
2) Pukul butter dan gula sampai kembang.
3) Masukkan telur dan esen vanila,kacau sebati
4) Masukkan gandum yg telah di ayak td,gaul2 sampai sebati...adunan mestilah tidak terlalu lembik..kalo lembik masukkan tepung sesudu.
5) Parutkan dan sudukan ke dlm papercup,tabur rainbow rice..
6) Bakar dlm oven 150°c selamat 15minit..siap..

Senang kan..hehe..ok dh jimat 1 biskut raya,boleh buat sendiri kan..hehe..

[makin bertambah anak saya,alhamdulillah]

Wednesday, June 3, 2015

Salam..

Alhamdulillah..bertambah lg 2 org anak asuhan saya..sekarang total 3 org..dua org setahun lebih,sorang tiga tahun..masing2 dah pandai berjalan,bermain jadi senang la keje ibu ni..

Sekarang musim cuti skolah,wafa pun makin bertambah kawan lah..takdela mengacau ibu sgt..

Yang lagi berdua pakai baju sama tu..anak jiran noli..hehe..sebelah umah je..semua pggil noli ngn panggilan ibu..so ramailah anak ibu..suka sgt..hehe

[dekorasi kek untuk birthday suami puan jiran]

Salam..

Harini jiran noli mintak tolong hiaskan kek untuk suaminya..birthday harini..noli dgn senang hati tolong..sbb perkara yg noli suka dan minat kan..hehe..

Kek marble beli kat kedai..pastu sama2 dekokan..Guna fresh cream yg mmg ade kat umah noli dan fondant serta coklat rice..

Kek marble potong 2bahagian..letak krim sikit kat tgh..pastu frostkan dgn fresh cream tu..hias ngn fondant,coklat rice..ok siap..
Dah boleh suprisekan en.suami beliau..kek cuma rm3.80..dh dpt buat en.suami gembira..hihi..

[Kenapa BASIC H wajib ada dalam setiap rumah]

Salam..

Pagi ni nak share pasal basic h..dah sebulan noli guna basic h tuk rendamkan botol susu anak2 ni..alhamdulillah,sgt puas hati,botol susu sentiasa nampak macam baru..nak nak tang puting tu,rasa macam baru je beli,kerak2 xde dh..sbb sy yakin dgn basic h,botol susu anak2 pun diyakini bersih dan selamat digunakan..insyaAllah..alhamdulillah..

Lagi satu noli buat mop,tapi noli ni terlebih rajin sikit,xpakai mop tu,tapi spray2 kat lantai dan lap..hahha..alaaa mcm cinderella tu..fefeling sikit..haha..lagipon ruang yg nak dimop xbyk sgt..spray2 lap spray2 lap...lagi senang bg noli...

Ohh untuk spray ni..noli masukkan dlm botol febreze tu (betul x eja ni) haha...masukkan beberapa titik,dan masukkan air,goncang2 dan spray...kat tempat yg semut suka merayap,insyaAllah semut buat sarang kat tempat baru..hehe..

Ok jom terokai apa lagi kegunaan basic h ni..

1001 Kegunaan Basic H Shaklee
KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia

Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet

Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet

Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)

Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya

Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya

Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan

Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya

Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9. Mengasah pisau

Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya

Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

UNTUK KECEMASAN : KEGUNAAN & CARA

1. Menghapuskan kutu di atas kepala

Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi

Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)

Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau

Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah

Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.

2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.

3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.

4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.

5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.

6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.

7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.

8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.

9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.

10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.

11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.

12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih..

Tq..perkongsian dari Puan Ira

Sekilas Fakta: Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan

.........tapi dengan BASIC H.. anda selamat Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sangat2 semulajadi dan selamat..bg noli setiap rumah wajib ada basic h ni..insyaAllah..

Papepon..roger noli ye..ejenshakleeanda Noli 014-5463747

[vitamin c yg terbaik pilihan hebat]

Monday, June 1, 2015

Salam..

Arini berkongsi tentang vitamin c shaklee..sustained release danbioflanoid..apa tu? Jom saya cerita..

Vitamin c shaklee adalah salah satu vitamin keluaran shaklee yang unik. vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.

Apakah sustained release?

bertindak unik untuk melepaskan dos yang diperlukan oleh badan, 100mg setiap satu jam.

Apakah bioflavonoid?

sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.

menurut kajian pengambilan vitamin c secara konsisten, membantu memberikan kesihatan fizikal sehingga berumur 94 tahun.

Kenapa perlu vitamin c?

meningkatkan sistem imun
bina sel darah merah untuk penyerapan zat besi dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. mengurangkan gejala sinus, alergik kulit atau asthma.

membentuk kolagen
menjaga keanjalan kulit, mengelak kulit kendur dan otot menjadi tegang

memperbaiki simptom pendarahan
gusi berdarah, lebam di kulit atau luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan vitamin c

memerangi kanser
kuasa antioksida yang terdapat dalam formula bioflavonoid mampu melawan sel-sel kanser dan menyingkir kimia merbahaya dari badan

kulit cantik
mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menghalang pigmen dari terbentuk, pigmen adalah penyebab utama kepada jeragat

mengurangkan insomnia
membantu mengurangkan masalah mental seperti keresahan

mengekalkan kolestrol sihat
mengurangkan kolestrol, menurunkan tekanan darah, elak hidung berdarah dll.

dengan harga yang lebih murah berbanding dengan vitamin c yang berada di pasaran menjadikan shaklee vitamin c sustained release adalah pilihan yang bijak. murah dengan 1001 kebaikan.

Hubungi saya untuk info lanjut yer :)

[resepi mudah minuman tenaga]

Salam..

Selamat pagi uolsss..
Tak sempat sarapan..
Malas nk g pantry..
Malas nk berebut naik lif turun makan..hehe
Tip mudah sy,bancuh esp shaja..sumber protein,bg tenaga dan mengenyangkan..
Ye ke??..cuba dulu baru tahu..
Nyummm..

ResepiMudah

[anak amanah berharga]

Sunday, May 31, 2015

Salam..

Malam ni dpt puisi forward dari kwn kat grup wassap..menyentuh hati..terus cium wafa..insyaAllah..bagaimana wafa,ibu dan abi yg corakkan..

~Bismillah~

~Anak-anak buah hati kita. ~

Jangan bandingkan diantara mereka.
Yang pandai jangan terlalu dipuji,
yang lemah janganlah kita keji
Anak cantik ,anak cerdik ,itu ujian.
Cuma pinjaman.
ALLAH nak tengok kt demand ke tidak.

Anak biasa-biasa ,
tak berapa pandai,
itu hadiah ALLAH.
Dimata manusia mereka biasa saja,
tapi siapa tahu kekurangan mereka ,
assebab kita masuk syurga.
Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama.
Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.

Anak yg biasa-biasa ini
mgkin menjadikan kita tidak leka
dgn dunia dan isinya.
Jangan lukai hati anak-anak kita.
Terimalah pemberian ALLAH dgn redha.
Sayangi mereka sama rata.
Doakan mereka tak kira dimana.
Maaf dan ampunkan mereka
penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak-anak kita bersih ,
jiwa mereka jernih.
Yang salah kita
cepat lupa dgn tipuan dunia.
Tataplah mereka penuh amanah.
Anak-anak ini dipinjamkan buat kita
untuk menjadi ummat Muhammad yg hebat.
Bukan membesar untuk dinobat.

Jangan bezakan anak-anak kita,
kerana diluar sana ramai lagi
yg tak merasa jadi ibu bapa...
belajarlah malu pada ALLAH
DIA yg sebegitu hebat
tak pernah bezakan hamba-hambanya 
tapi kenapa kita
seorang hamba sangat suka beza membeza.

Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa.
Mana tahu anak-anak  yg kita
tak pandang walau sebelah mata,
akan menjaga kita ketika tua ,
akan mendoakn kita hingga kesyurga~

🌹~Anak-anak kt jgn dibeza~🌹

[slice ciskek yg mudah]

Saturday, May 30, 2015

Salam..

Rajin sikit,jom buat kek..slice ciskek je..bhn2 dh ade..jom ketung ketang kat dapo..

Bahan2:
--------------
6 keping Slice cheese
3/4 cwn susu segar
2 sudu besar butter
3/4 cwn gula
1 cwn tepung gandum (ayak)
4 biji telur (asingkan putih+kuning)

Cara2:
-----------

Panaskan oven 170°c..

1)Panaskan susu segar + slice cheese yg dikoyak kecik2,kacau sampai cheese hancur,masukkan butter,sebatikan,tutup api,biarkan sejuk sebentar

2)Pukul putih telur + gula sampai mnjadi meringue,bertanduk (terbalikkan bekas,meringue tak tumpah)

3)Pukul kuning telur + esen vanila,sampai kembang sedikit,masukkan dalam adunan cheese tadi,sebatikan.

4)Masukkan juga tepung sikit demi sikit dan sebatikan jangan sampai berketul.

5)Ambil 3-4 senduk meringue,kaup balik dalam adunan cheese,sebatikan,sampai habis meringue

Bakar secara steam bath,masukkan loyang adunan dalam dulang lebih besar yg mengandungi air,masukkan dalam oven.

Bakar pada suhu 170°c selama 20 minit dan turunkan suhu kepada 140°c selama 35 minit.

[Buat bajet walau pendapatan tak tetap]

Friday, May 29, 2015

Salam..

Perkongsian pasal bajet.

Buat bajet walau pendapatan tak tetap.

Bajet adalah alat pengurusan kewangan yang penting kepada sesiapa sahaja, tidak kira anda berpendapatan tinggi atau rendah, bajet amat berguna terutamanya  dalam membantu anda mengatur segala transaksi kewangan anda. Bagi mereka yang berpendapatan tetap, sudah pasti senang untuk melakukan bajet kerana mereka tahu wang yang diperoleh pada setiap bulan.

Pendapatan tak tetap,perkara pertama yang perlu dilakukan ialah anda mengira pendapatan minimum yang diperoleh setiap bulan. Kalo berbisnes,kena tahu jika bisnes berjalan lancar berapa banyak yang diperoleh setiap bulan. Namun kita hanya perlu kita pendapatan tetap sahaja,kecualikan bayaran lebih masa dan bonus.

Perkara kedua,ambil kira semua perbelanjaan seperti sewa umah,bil air elektrik,internet,pinjaman bank,wang dapur,insurans. Dan pastikan pendapatan minimum bulanan boleh membayar segala perbelanjaan ini.

Perkara ketiga, buat kerja sampingan. Pendapatan daripada sumber kerja lain boleh membawa perbezaan dalam tambahan pendapatan bulanan anda.

Perkara keempat adalah jangan mudah berputus asa. Biarkan sekurang2nya 3 bulan untuk memastikan bajet yang realistik. Anda akan mendapat idea yabg lebih baik berkenaan berapa banyak sebenarnya anda belanjakan setiap bulan. Jika perlu,anda boleh ubahsuaikan bajet yang sedang anda lakukan ini.

7 kebaikan bajet.

1- Tahu apa yang sedang berlaku :: Bajet persendirian membolehkan anda untuk mengetahui berapa banyak wang yang anda miliki. Lagipun bajet juga merupakan alat untuk mengajar anda bagaimana wang anda digunakan, apa rancangan terhadap wang tersebut dan berapa lama yang diperlukan bagi mencapat matlamat anda.

2 - Kawalan :: Bajet juga adalah kunci bagi membolehkan anda berkuasa terhadap kewangan. Dengan bajet juga, anda mempunyai alat bagi mengenal pasti apa yang berlaku pada wang yang anda perolehi. Anda juga boleh mengawal wang anda, daripada membenarkan wang yang dimiliki menghadkan apa yang anda lakukan.

3 - Pengaturan :: Dana bajet terbahagi kepada kategori belanjawan dan simpanan. Selain itu, bajet juga boleh menyediakan aturan automatik terhadap rekod trasaksi wang anda. Bajet juga menyediakan asas bagi sistem fail mudah bagi mengatur bil-bil, resit-resit dan penyata kewangan.

4 - Komunikasi :: Jika anda sudah berkahwin, mempunyai keluarga atau berkongsi wang dengan orang lain, mempunyai bajet adalah salah satu kunci kepada penyelesaian perbezaan pendapat mengenai pengiraan kewangan. Bajet adalah alat komunikasi bagi membincangkan kepentingan di mana wang perlu digunakan.

5 - Ambil peluang yang disediakan :: Mengetahui kedudukan kewangan peribadi serta mengawalnya mampu membolehkan anda mengambil kelebihan peluang yang mungkin anda tidak sedar. Dengan bajet, anda tidak perlu berfikir banyak kerana anda tahu bagaimana keadaan kewangan anda.

6 - Masa tambahan :: Semua transaksi kewangan anda secara automatik diatur kesenangan bagi mengira cukai. Anda tidak perlu lagi memikirkan apa yang dilakukan dengan belanjawan anda sebelum ini.

7 - Wang tambahan :: Bajet sesungguhnya akan memastikan anda mempunyai wang tambahan bagi melakukan apa yang anda sukai. Yuran tersembunyi sudah pasti boleh dilupakan kerana anda tahu apa yang berlaku pada kedudukan kewangan anda.

[multivitamin pertama di dunia]

Salam..

Dah nak tdo ni..jom telan vitalea..blh amik mlm ke? Boleh aje, flexible time nk telan vitamin ni..

Kenapalah ramai sgt suka vitalea ni...
Manfaat utama Vitalea Iron Formula

Penambahan tenaga segera - Pemberi tenaga,kecergasan tubuh dan kekuatan mental,sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang,terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

Keupayaan sistem produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut,otot,kulit,kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

Melindungi organ - Melindungi fungsi buah pinggang,jantung dan hati.

Vitamin setiap hari saya..insyaAllah.jgn sampai miss yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...